permata Hati

permata Hati

03 January 2012

Azam Tahun Baru

Selamat Tahun BAru...huhuhu,terlambat skit wish untuk tahun 2012.Banyak sangat agenda sampai x sempat nk buka blog.
Mgg ni adalah mgg terakhir kami sekuarga akan menghuni rumah yang byk meninggalkan kenangan dan sejarah tersendiri,bermula minggu depan kitorang secara rasmi akan masuk umah baru.bak kater hubbyku 'rumah baru azam pn mesti baru'.hehehe...InsyaAllah...
Mgg ni juga adalah mgg baru dalam tahun baru anak2ku akan memulakan aktiviti diorang kat taska.Kerisauan di hati ibu x dapat nak dibendung.macam2 bermain di benak ni.bolehkah anak2ku berdikari?bolehkah abang n adik bawak diri tanpa ibu?jika sblm ni dok umah pengasuh lehla abang n adik nk mengada ngada mintak itu mintak ini,klu kat umah ader ibu n walid dok melayan kehendak abang n adik...skang abang n adik kat taska kene berdikari sendiri..ibu arap abang n adik dok leklok ek...
Mgg ini juga mgg baru utk aku tanam azam baru untuk menjadi seorang hamba,anak,isteri,ibu dan pekerja yang terbaik.Sebagai seorang hamba-Nya yang daif lagi serba kekurangan aku pohon agar dicekalkan hati utuk menempuh segala ujian dari-Nya dengan penuh sabar dan redha.aku akan cuba perbaiki diri untuk lebih mendekatkan diriku dengan-Nya.
Sebagai seorang anak,aku sentiasa berdoa agar Allah memelihara kedua ibubapaku di dunia dan akhirat.buat arwah Ma,aku mohon dia ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.
Sebagai seorang isteri,aku akan cuba sebaik mungkin utk menjadi seorang isteri yang solehah kepada suamiku.Aku akui byk lagi kelemahan dan kekuranganku baik dari segi layanan,percakapan dan sebagainya.InsyaAllah aku akan cuba perbaiki lagi.Buat suamiku,terima kasih banyak2 diatas segala-galanyer.Segala pengorbanan,penat lelah hanya Allah yang mampu membalasnya.
My hubby

Sebagai seorang ibu,memang ibu akui banyak lagi kekurangan ibu baik dari segi layanan ibu,kasih sayang ibu pada anak2...tapi percayala,kasih sayang ibu pada abang n adik tiada tolok bandingnya.kasih sayang ibu x dapat dibandingkan dengan wang ringgit hatta emas permata sekalipn.ibu sanggup berkorban ape sajer demi anak2 ibu...
Walid wif abang

walid & anak2

walid wif adik
dan sebagai seorang pekerja,InsyaAllah akan cuba memberi perkhidmatan sebaik mungkin...hehehe,mana tau tahun ni dapat APC....