permata Hati

permata Hati
Showing posts with label Selingan. Show all posts
Showing posts with label Selingan. Show all posts

03 February 2012

"Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati"

Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri.

Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala.
Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad SAW melarang umatnya dari gelak ketawa yang melampaui batas.

Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu.

Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah?

Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak.
Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media.
Kita sedang menuju ke suatu destinasi yang belum menjanjikan kebahgiaan yang abadi.
Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, samada berbahagia atau menderita.
Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had.
Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan.
Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan kita tentang bahaya yang akan ditempuh.


"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan kubur".

Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang.
Kita keseorangan sunyi tanpa teman dan keluarga.
Kubur adalah satu pintu ke syurga atau ke neraka.
Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.
Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu.

Apabila kurang ilmu, akal turut menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun.


Mereka yang banyak ketawa di dunia, nescaya banyak menangis di akhirat.

Saidina Ali senantiasa mengeluh..."Jauhnya perjalanan, sedikitnya bekalan".
Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya.
Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24jam.
Dalam kita gembira, kita sering lalai, terlupa dengan Allah swt.
Berapa ramai antara kita yang senang masih mengingati Allah swt?


Kita tidak dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu.

Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa berlebih-lebihan.
Sebaik-baik cara gembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi SAW.
Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.


Para sahabat pernah berkata,

"Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak".

06 January 2012

Petua.....

Ramai ibu bapa selalu lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

Ini ada satu petua dari ibu saya

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.

Selamat mencuba......

bestkan jadi seorang ibu....

Hargailah.......

Hargai ibu bapa
Selalu telefon apabila bejauhan.
Jangan lupa kirim wang walaupun sedikit (andai sudah bekerja ).
Beri hadiah pada hari penting (Hari Ibu, Hari Bapa dan hari lahir).
Cium tangan ibu bapa.
Apabila sudah berkeluarga, selalu pulang ke kampung kerana mereka rindu untuk bertemu cucu.
Minta pandangan mereka dalam menyelesaikan masalah.
Pulang apabila mereka sakit.


Hargai suami
Selalu berikan senyuman.
Berhias untuk suami.
Masak masakan kegemaran.
Minta pandangan suami jika ada masalah.
Selalu urut suami.
Menjaga maruah suami.
Puji suami di depan keluarga atau orang lain.
Beri hadiah hari jadi.
Pandai mengambil hati.
Selalu memberi sokongan apabila suami ada masalah.
Membina hubungan baik dengan keluarga suami.
Minta izin suami sebelum buat sesuatu.
Mohon maaf dengan suami sebelum tidur.

Hargai isteri
Ingat tarikh penting bersama isteri (ulang tahun perkahwinan, hari lahir).
Ingat tarikh lahir anak.
Bantu isteri melakukan kerja rumah.
Ungkapkan kata cinta sebelum tidur.
Selalu beri pelukan dan kucupan.
Membina hubungan baik dengan keluarga isteri.
Ucapkan terima kasih apabila bersama.>
Selalu memberikan kejutan menggembirakan.
Selalu berpenampilan segak (isteri dipuji apabila suami bagus).
Memberikan kemaafan.
Panggil isteri dengan panggilan yang manja.
Puji isteri depan anak dan keluarga.
Berikan hadiah apabila isteri melahirkan anak.

Hargai anak
Selalu memberi pujian ikhlas.
Galak anak melakukan yang terbaik.
Beri hadiah atas kejayaan anak walaupun kejayaan kecil
Selalu beri pelukan.

Renungan

**sekadar berkongsi...
Assalammualaikum,   saya nak share tentang petua yg saya terima...
dari seorang pakar motivasi & dah
lama saya praktikkan kat
anak2 saya....  elok dilakukan oleh salah seorang ibu
atau bapa atau seeloknya kedua2 buat  iaitu selepas
ibu buat... diikuti oleh bapa (inshaAllah anak akan
lebih merasai dihargai)
 
setiap pagi.. sebelum pegi sekolah berdiri belakang anak,
& kedua2 (anak & ibu atau bapa) menghadap kiblat...
letakkan kedua2 telapak tangan ibu/ayah yg dirapatkan
atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang
1 inci dari rambut...  lepastu bacakan al Fatihah &
Alam-nash-rah. .. hingga habis....
pastu niat dalam hati mohon pada Allah "Ya Allah
 permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan
 hati & ditetapkan iman & lain2 doa yg nak dihajatkan"
lepas itu kucup dahi anak & pergi le kesekolah...
tak sampai pun 5 minit...
 
jangan malu nak kucup dahi anak2 walaupun dah
berusia 17 tahun... (terutama pihak ayah akan
rasa malu nak cium anak lelaki yg dewasa)
 
saya diberitahu (semasa sesi motivasi tersebut),
telapak tangan kita ini ada aura... & mestilah
digunakan sebaiknye... sebab itulah orang tua2
kate jangan tampar anak guna telapak tangan...
 
tanamkan semangat untuk buatkan setiap hari
& anda lihatlah kesannye....   kalau tak dapat setiap hari,
2 hari sekali, seminggu sekali ...
JANGAN TAK BUAT LANGSUNG...
anak saya hingga sekarang saya
buatkan & kesannya inshaAllah anda akan lihat...
nasihat saya... anda masih belum terlambat... buatkan
sekarang pada semua anak2, sehingga mereka dewasa
seeloknya ibu & ayah kedua2 sekali buat... semasa anak2
nak pergi sekolah atau sebelum tidur atau bile2 teringat...
inshaAllah anak akan dengar cakap ibu ayah & terang hati..